‘Kami bincang persiapan PRU, isu rakyat, bukan kedudukan PM’ – Faizal Azumu

0
390

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 8 Jun lalu tidak membincangkan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata mesyuarat terbabit hanya membincangkan soal persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selain hal berkaitan rakyat, termasuk kos sara hidup dan krisis makanan.

“Kalau ada ura-ura perbincangan lain, itu bohong kerana BERSATU tidak bincang pasal politik. Bersatu fikir untuk menangani masalah rakyat termasuk mencari jalan bagaimana untuk membantu kerajaan.

“Kami tidak bincang mengenai kedudukan Perdana Menteri, malah kami sokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahu kerajaan stabil untuk memberi fokus kepada masalah rakyat, bukan mengutamakan masalah peribadi atau politik,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh, pada Isnin.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengulas laporan media yang memetik sumber mendakwa Mesyuarat MPT Bersatu baru-baru ini antara lain membincangkan mengenai kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here