[VIDEO] Ella cukupkan ‘rencah’ konsert Rockin’ on Rooftop Search

0
823

KONSERT kumpulan lagenda rock tanah air, Search, diterajui oleh Kidd dan Din, menjanjikan pengalaman yang luar jangkaan buat peminat kumpulan tersebut.

Lebih mengejutkan, artis jemputan yang bakal hadir di konsert itu merupakan Ratu Rock Malaysia, Ella, yang sudah tentu akan membuatkan peminat genre muzik rock ‘menggila’.

Pemilik Bersama Search Rock Station, Mozylir Mokhtaruddin, penampilan istimewa Ella menjadikan konsert itu cukup ‘rencah’ buat peminat.

“Selain daripada Search, kita ada penampilan istimewa, Ratu Rock Negara, Ella.

“Ella akan menyumbangkan dua lagu, satu akan berduet dengan Vokalis Search, Denden Gonjalez, satu lagu dia akan bawa secara solo. Dengan penampilan Ella, memang cukuplah rencah dia,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Katanya lagi, gabungan Ella dan vokalis Search yang baharu dari Indonesia, Denden Gonjalez bakal menggegarkan konsert yang bakal diadakan pada 11 Jun di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Mozylir, walaupun Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik, pihak mereka tetap mengambil pendekatan keselamatan dengan mengehadkan kehadiran peminat seramai 2,500 orang.

“Memandangkan keluasan rooftop itu tidak besar, kita expect 2,500 orang. Keluasan itu boleh diisi lebih ramai, lebih kurang dalam 3,000 ke 3,500 orang.

“Tetapi kita ambil pendekatan untuk mengehadkan kehadiran penonton kepada 2,500, walaupun dah endemik, tetapi tetap kita ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terlalu penuh,” ujarnya.

Konsert yang bakal diadakan di bumbung bangunan penuh nostalgia itu sinonim dengan sejarah muzik rock, yang sering menjadi tempat pertemuan peminat genre tersebut sekitar tahun 1980-an. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here