Tak perlu terburu-buru adakan PRU-15

0
477

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak perlu diadakan secara terburu-buru, sebaliknya peluang perlu diberikan kepada Datuk Seri Ismail Yaakob untuk membuktikan peranan beliau selaku Perdana Menteri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tetap bersama Perdana Menteri dan sedia menunggu kata putus beliau mengenai pembubaran Parlimen.

“Kalau tanya pandangan kita (PAS), lebih baik tunggu habis penggal sebab Perdana Menteri pun baharu jadi PM (Perdana Menteri)…banyak benda yang dia ingin buat.

“Kalau buat PRU-15 sekarang, rakyat tidak nampak kesannya. Saya rasa baik beri peluang dulu kepada beliau supaya dia boleh buktikan, tak perlu terburu-buru,” katanya menurut laporan BH Online.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Yaakob berpendapat ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan PRU-15 berikutan masalah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.

Tambah Mohd Amar, desakan yang dibuat beberapa pihak untuk membubarkan Parlimen bukanlah satu masalah kerana keputusan masih berada di tangan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Orang lain nak desak terpulanglah, (tetapi) kita bersama dengan PM. Kalau PM kata bubar, bubarlah dan begitulah juga sebaliknya.

“Benda tu (bubar parlimen) adalah ‘privilege’ (keistimewaan) PM (Perdana Menteri) dan Kabinet, mereka yang bincang buat dan keputusan, kita hanya bagi pandangan.

“Orang desak pun setakat desak sahaja, kalau PM (Perdana Menteri) tak bubar, tak bubarlah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here