MAFI jangka bekalan ikan pulih bulan ini

0
272

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan bekalan ikan yang mengalami kekurangan akan kembali pulih bermula Jun ini.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga kemuncaknya pada Oktober, lapor Astro AWANI.

“Jumlah hasil pengeluaran ini bermusim dan berlaku pada setiap tahun. Saya akui perubahan cuaca yang di luar jangka ketika ini memberi kesan kepada pengeluaran ikan negara,” katanya selepas merasmikan Pesta Orkid, Flora dan Herba 2022 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu pada Jumaat.

Tambahnya, ketidak tentuan cuaca ketika ini menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk melakukan kerja-kerja penangkapan ikan.

Namun, beliau percaya bekalan dan stok ikan negara ketika ini mencukupi bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bekalan makanan, beliau percaya perkara ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.

“MAFI setiap masa membuat pemantauan bagi memastikan ia cukup supaya masyarakat tidak risau,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here