Mayat seorang lagi nelayan hilang ditemui

0
354

MAYAT seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian, Johor Khamis lalu, ditemukan lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Mohammad Shofee Tayib berkata mayat Abu Bakar Mohammad , 57 ditemukan nelayan di kawasan tersebut sekitar jam 9.30 pagi, menurut laporan Bernama.

“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti nelayan berhampiran. Bagaimanapun, sehingga kini, bot mangsa masih tidak ditemukan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang nelayan, Khalid Mohammad, 71 ditemukan lemas di 2.5 batu nautika dari Pantai Kampung Pulai Sebatang, kira-kira 12.45 tengah hari Jumaat.

Kedua-dua mangsa dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut menaiki bot pada Khamis sebelum gagal dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here