Pesawat penumpang Tara Air ditemui terhempas – Tentera

0
350

SEBUAH pesawat membawa 22 penumpang yang dilaporkan hilang di Nepal telah ditemukan terhempas pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik kenyataan angkatan tentera negara berkenaan.

Jurucakap tentera, Brigedier General Narayan Silwal dalam satu kenyataan berkata, kapal terbang dari syarikat Tara Air itu ditemui terhempas di Sanosware, Perbandaran luar Bandar Thasang di daerah Mustang, Nepal.

“Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Pesawat jenis Twin Otter berkenaan yang membawa seramai 19 penumpang dan tiga anak kapal, termasuk empat warga India dan dua warga Jerman dilaporkan hilang pada pagi Ahad.

Pesawat itu hilang dari radar ketika dalam perjalanan ke Jomsom di daerah Mustang dari bandar Pokhara.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here