Kereta dinaiki tujuh sekeluarga terjunam dalam sungai

0
282

TUJUH sekeluarga berdepan detik cemas selepas kereta Proton Exora dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jalan Haji Abdul Manan, Klang, Selangor.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, dua parah manakala lima yang lain mengalami cedera ringan dalam kejadian pada malam Ahad itu.

Menurutnya, laporan kejadian diterima pada jam 11.46 malam dan dipercayai mereka dalam perjalanan dari arah Bukit Kapar ke Rantau Panjang, Klang.

“Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah membantu mengeluarkan lima mangsa dan terdapat dua lagi mangsa yang tersepit pada stereng dikeluarkan pasukan penyelamat.

“Dua mangsa alami parah iaitu pemandu dan penumpang hadapan. Semua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kira-kira 30 minit masa diambil bagi operasi menyelamat itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here