Aishah tunda konsert demi Anuar & Ziana

Tidak mahu bertembung pada hari yang sama, penyanyi Datuk Aishah mengakui sedang memikirkan untuk menunda tarikh konsert sendiri agar tidak diadakan pada hari yang sama dengan konsert Anuar Zain dan Ziana Zain.

Jelas penyanyi itu lagi, dia tidak mahu peminat terpaksa memilih dek kerana ada dua konsert pada hari yang sama walaupun tahun masing-masing mempunyai rezeki tersendiri.

“Memang rezeki ditentukan oleh Allah. Tapi saya kasihan melihat peminat berpecah memandangkan ada dalam kalangan peminat saya juga merupakan peminat Anuar dan Ziana.

“Kita bukan nak pergi mengundi pilihanraya pun. Sebab itu saya berharap dapat meminta tarikh konsert solo saya,” katanya memberikan penjelasan.

Sepatutnya Aishah diberikan tanggungjawab mengadakan konsert solo di Dewan Pilharmonik Petronas (DFP) pada 6 Ogos hadapan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Beralih Arah itu bagaimanapun masih menantikan keputusan akhir daripada pihak DFP untuk mencari tarikh baharu.

Datuk Aishah menunda konsert beliau bagi memberikan peluang peminat untuk ke Konsert Anuar dan Ziana Zain

“Mujur tiket masih belum dijual. Saya harap konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous akan lancar pada masa hadapan,” katanya yang baru sahaja melancarkan lagu Ketentuan Takdir.

Bercerita mengenai lagu yang tersebut, ramai yang menganggap Ketentuan Takdir merupakan lagu yang ‘kena’ dengan kisah kegagalan rumah tangga.

Lebih terbuka dengan kisah peribadi yang terjadi kepadanya, jelas Aishah itu juga membantu dirinya untuk menghayati Ketentuan Takdir dengan lebih baik.

‘Ketentuan Takdir’ dekat di hatinya dan menjadikannya lebih mudah untuk menghayati lagu berkenaan. Lagu ini kalau nak menyanyi plotnya mesti kita boleh kaitkan dengan hidup kita.

“Habsah Hassan ini banyak tulis lirik untuk saya yang selalu kena pada waktu. Masa beliau tulis lagu ini ia merupakan ketika berlaku pergolakan dalam kehidupan saya,” katanya bercerita.