2 juruterbang Iran maut jet pejuang terhempas

0
614

DUA juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 mereka terhempas hari ini berhampiran Anarak, 200 kilometer (km) timur bandar Isfahan, Iran.

“Misi jet itu adalah untuk berlatih menembak tetapi berlaku kemalangan pada 8:30 pagi (waktu tempatan),” kata seorang pegawai dari wilayah Isfahan kepada IRNA, lapor BH Online memetik berita rasmi Iran.

Pakar berkata, Iran mempunyai rekod keselamatan udara yang lemah, dengan kemalangan berulang, kebanyakannya membabitkan pesawat yang dibeli sebelum Revolusi Islam 1979 dan kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan.

Pada Februari, sebuah jet F5 yang digunakan oleh tentera Iran terhempas ke dinding sebuah sekolah di bandar barat laut Tabriz, membunuh dua juruterbang dan seorang di atas tanah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here