Peminat kecoh Tangmo hidup semula

0
498

SEJAK beberapa hari lalu kecoh berita kononnya pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida yang sudah meninggal kira-kira tiga bulan lalu kembali ‘hidup’ dan menggemparkan peminat di sana.

Menerusi berita yang dilaporkan oleh portal tempatan, beberapa status di Facebook milik artis berkenaan dikemas kini dengan hantaran baharu yang sangat mencurigakan.

Apa sahaja status yang dimuat naik bagaikan memberi gambaran tentang apa sebenarnya yang terjadi di sebalik kematian Tangmo dan ramak pihak percaya ada pendedahan baharu yang cuba dilakukan.

Facebook berkenaan juga memaparkan gambar Tangmo dari belakang dan mendakwa dia telah didera oleh rakan-rakan yang disayangi dan dipercayai.

Dalam status kedua pula, dia mengakui tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada rakan baiknya itu.

“Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada lima orang. Jika tak mahu cakap benar, saya akan umum semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang.

“Buang semua maklumat dalam telefon, jangan ingat tak boleh ingat semua kawan-kawan baik ku,” tulisnya.

Pastinya dua status yang dimuat naik itu mengejutkan ramai pihak. Meskipun ada yang percaya dia ‘hidup’ kembali namun sebahagian besar peminat menganggap ada pihak lain cuma memanaskan semula keadaan.

Paling mencuri tumpuan adalah beberapa status lain yang dimuat naik menerusi Facebook Story berselang beberapa jam selepas status pertama dimuat naik.

“Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang,” tulisnya.

Menimbulkan kegemparan kepada peminat di sana, ramai menuduh ibunya yang dikenali dengan nama Decha sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

Namun peguam yang mewakili Decha menafikan hal tersebut dan menjelaskan wanita berkenaan tidak melakukan perkara berkenaan.

Terdahulu kisah kematian Tangmo mencuri tumpuan dunia apabila dia lemas setelah terjatuh daripada bot di Sungai Chao Praya.

Kematian tersebut menimbulkan spekulasi apabila ada yang menuduh rakan-rakan yang berada di dalam bot yang sama sengaja membunuh Tangmo.

Mayatnya ditemui terapung kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh. Hasil bedah siasat mengesahkan Tangmo mati akibat lemas kerana terdapat kesan lumpur pada bahagian paru-paru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here