Manchester City juara Liga Perdana Inggeris

0
232

MANCHESTER City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaya dramatik apabila bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Aston Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit di Stadium Etihad.

Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran.

Pada satu ketika, apabila bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho menjaringkan gol kedua Villa, gelaran juara seakan terlepas daripada City sebelum tandukan Gundogan selepas menerima hantaran lintang Raheem Sterling menerjah gawang Villa pada minit 76, sekaligus memulakan kebangkitan luar biasa skuad kendalian Pep Guardiola.

Kebangkitan itu meranapkan impian Liverpool meskipun mencatat kemenangan 3-1 pada perlawanan terakhir menentang Wolves.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here