Bengang isteri kena ganggu, Caprice tuntut permohonan maaf

0
288

Berang dengan tindakan seorang individu yang menganggu isterinya, penyanyi rap Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada lelaki yang cuba melakukan onar kepada mereka.

Dedahnya lagi, lelaki berkenaan menghantar pesanan melalui WhatsApp dengan kata-kata kurang manis terhadap isterinya, Farah Inalis dan menuntut dia membuat permohonan maaf sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Pertama sekali Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya. Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya.

“Atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau WhatsApp isteri saya itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya,” katanya menerusi satu video yang dimuatnaik.

Bagi lelaki ini, apa yang sedang berlaku merupakan sesuatu yang melampaui batas sehingga membuatkan dia terfikir pula tentang keselamatan mereka selepas ini.

Menerusi perkongsian video itu juga, dia menyertakan beberapa bukti kiriman yang diterima selain memaparkan wajah lelaki yang menghantar mesej berkenaan.

Caprice dan isteri, Farah Inalis

“Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya. Jadi awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan.

“Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir okay mamat ni mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi.

“Tetapi tidak, hari ini (semalam) juga dia text isteri saya, guys jangan main gila terutamanya tentang keluarga,” ujarnya.

Untuk rekod, Caprice dan Farra telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan isterinya sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here