Kedai makan ditutup akibat keracunan makanan

0
555

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan tiga notis dan mengarahkan sebuah kedai makanan di daerah ini ditutup selepas dilaporkan berlaku keracunan makanan.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, berlaku keracunan makanan selepas pelanggan mereka makan sandwich di kedai tersebut dan isu berkenaan menjadi tular sejak semalam.

“Siasatan lapangan mendapati tahap kebersihan kedai tersebut adalah tidak memuaskan.

“Arahan penutupan premis dan sebanyak tiga (3) Notis dibawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan di lapangan mendapati tahap kebersihan kedai tersebut adalah tidak memuaskan sebelum tiga notis dikeluarkan

Katanya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru masih melakukan pengesanan kes keracunan makanan secara aktif yang berkaitan kejadian itu menerusi fasiliti kesihatan swasta dan kerajaan.

Orang ramai juga katanya, dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko keracunan makanan antaranya dengan memilih kedai makan yang mengamalkan tahap kebersihan adalah memuaskan.

“Amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk elakkan keracunan makanan. Mereka yang mempunyai gejala keracunan makanan seperti sakit perut, muntah dan cirit birit hendaklah mendapatkan rawatan segera,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here