Rumah tak siap angkara kontraktor tak bertanggungjawab

0
449

Hasrat untuk mengubahsuai rumah keluarga nampaknya tidak kesampaian apabila Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan ditipu seorang kontraktor baru-baru ini.

Mereka sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM95,000 seperti mana yang diminta, namun sikap kontraktor tersebut membuatkan kediaman keluarga tidak dapat diselesaikan oleh pihak tersebut.

“Semuanya berlaku atas dasar kepercayaan dan tidak ada kontrak apabila memulakan kerja. Bila mereka melakukan kerja pengubahsuaian, banyak sangat sikap tidak ikhlas yang ditunjukkan.

“Bila dikira kami sudah membayar lebih RM95,000 tapi rumah masih tak siap. Kami ada minta mereka menghentikan semua kerja dan menyerahkan kembali duit.

“Memang mustahil nak dapatkan semula duit tersebut. Memang ini pengajaran besar buat kami,” kata Mark, mendedahkan apa yang berlaku.

Tambahnya lagi, niatnya mahu mengubahsuai rumah milik keluarga mentuanya yang terletak di Batu Caves, Selangor adalah untuk memberikan keselesaaan kepada mereka sekeluarga.

Jika isterinya, Norazah pernah melakukan perkara yang sama untuk keluarganya di Filipina, dia juga mahu melakukan hal serupa untuk mereka di sini.

Kediaman Mark Adam sekeluarga yang dibuah suai secara sambil lewa

Namun, kerana kerja sambil lewa kontraktor tersebut, mereka terpaksa mencari solusi lain untuk menyiapkan juga rumah tersebut.

“Silap saya kerana tidak memulakan kerja dengan kontrak dan ia dibuat atas dasar kepercayaan sahaja. Saya percayakan mereka untuk kita saling bantu membantu.

“Tak sangka pula jadi macam ni. Semua orang pun dah matang fan boleh berfikir mana yang betul, mana yang tidak. Buat masa ini saya tak mahu memanjangkan hal ini sampai nak ambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here