80,000 terjejas ban MADA pecah

0
190

Oleh RIZQI ZABIDI

Sebanyak 80,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) di Kedah mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan insiden runtuhan ban kanan Terusan Tengah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pokok Sena, semalam.

SADA menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu memaksa pihaknya menghentikan tugas empat loji rawatan air (LRA) di kawasan berhampiran iaitu LRA Bukit Pinang, Pokok Sena, Jenun Lama dan Jenun Baru.

Katanya, gangguan bekalan itu bermula kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

“Henti tugas empat LRA ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan anggaran 80,000 akaun merangkumi empat daerah tersebut.

“MADA kini sedang giat mengambil langkah proakti bagi mengatasi isu ini dengan segera,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat telah diaktifkan serta merta dengan pengguna boleh menyalurkan aduan atau pertanyaan menerusi talian 04-7408976 selain selain platform sedia ada iaitu pusat informasi SADA (SIC) di talian ‘hotline’ 1300 88 0017.

“SADA memahami kesukaran dihadapi pengguna akibat gangguan bekalan air itu dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook SADA dan laman sesawang www.sada.com.my,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here