‘Perang’ mercun: Lapan individu dikenakan bon berkelakuan baik

0
248

SEKUMPULAN lapan lelaki yang ditahan kerana mencetuskan ‘perang’ mercun pada malam Aidilfitri lalu dikenakan bon berkelakuan baik dan didenda RM300.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Majistret Mohd Firdaus Saleh di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin, selepas semua tertuduh membuat pengakuan bersalah.

Enam lelaki berusia 19 hingga 23 tahun itu dikenakan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah selepas kesemua mereka membuat pengakuan bersalah.

Manakala dua individu berusia 22 dan 33 tahun didenda RM300 selepas mengaku bersalah mengikut Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit.

Media sebelum ini melaporkan tular rakaman video di media sosial memaparkan dua kumpulan lelaki bermain mercun seolah berperang dengan menghalakan mercun berkenaan ke arah satu sama lain.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan rumah kedai dekat Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang, di sini, pada malam raya pertama lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan 10 lelaki yang dipercayai terbabit di dalam video itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here