Pasha Ungu halang anak kawan ‘mat dadah’

0
540

WALAUPUN sudah berpisah dengan isteri dan tidak membesarkan anak sendiri, vokalis Pasha Ungu tetap mengambil berat dan mengambil tahu apa sahaja aktiviti seharian anak lelaki kesayangannya itu.

Keisha Alvaro,18, yang merupakan hasil perkahwinan dengan Okie Agustina juga merupakan seorang artis muda Indonesia yang meningkat naik.

Sebagai bapa, dia tidak pernah sesekali membataskan pergaulan anaknya itu memandangkan dia sendiri pernah muda dan mahu menikmati kebebasan hidup.

Keisha Alvaro

Cuma, dia berterus terang agar Keisha menjauhi dadah dan tidak berkawan dengan mereka yang terlibat sama dengan najis tersebut.

“Semua kita pernah merasa pengalaman muda dan menginjak usia 18 merupakan detik terindah. Saya tidak menghalang dia untuk bergaul dengan sesiapa sahaja yang dia mahu tetapi perlu menjaga batas.

“Apa yang penting adalah menjauhi dadah dang menghindari daripada berkawan dengan mereka. Itu sahaja saya pesan,” katanya seperti dipetik media tempatan di sana.

Mengulas mengenai perkembangan semasa anak sulungnya itu, dia berbangga apabila bakat seninya semakin berkembang dan diterima baik oleh peminat.

Tambahan pula sikap bertanggungjawab kepada keluarga semakin terserlah, Pasha menganggap Keisha sudah cukup dewasa untuk mengawal hidup.

“Dia banyak membantu keluarga dan sudah boleh diharap untuk menjaga adik-beradik yang lain. Tak terasa waktu begitu cepat berlalu dan dia sudah boleh berdirikari.

“Kelmarin kami berkumpul satu keluarga, dia menyenangkan semua orang dan komunikasinya semakin baik. Saya doakan kerjaya seninya juga bertambah baik,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here