Netizen Indonesia boikot Zinidin & Tri Suaka

0
563

GARA-gara memparodikan cara nyanyian penyanyi senior, nama Zinidin Zidan dan Tri Suaka tiba-tiba sahaja meledak naik sehingga mencetuskan perdebatan di seluruh Indonesia.

Masakan tidak, mereka berdua yang begitu popular menerusi aplikasi TikTok dikatakan biadab apabila mengajuk dan memparodikan cara nyanyian Andika yang juga merupakan vokalis Kangen Band.

Hal tersebut langsung tidak boleh diterima oleh kebanyakan peminat yang segera melakukan tindakan boikot kepada semua produk milik Zinidin dan Tri serta merta.

Andika Kangen Band

Jumlah subscriber YouTube kedua-dua mereka turun dengan mendadak selain beberapa jadual persembahan juga dibatalkan serta merta oleh penganjur.

Alasan mereka, kedua dua lelaki ini tidak bermoral dan sanggup melakukan konten sebegitu selain menghina cara nyanyian penyanyi lama.

Semuanya bermula apabila Tri memetik gitar dan Zinadi pula menyanyi lagu Penanyian Yang Tertunda dalam satu sesi live Instagram.

Tidak semena-mena, mereka mengajuk cara nyanyian Andika sambil ketawa. Hal tersebut bagaikan bom jangka yang akhirnya menjadi perhatian peminat yang kurang senang dengan perkara tersebut.

Perkara tersebut yang meledak menjadi semakin besar akhirnya mendapat perhatian seluruh industri muzik di sana dengan pelbagai respon diberikan oleh artis besar di sana.

Malah, Andika sendiri ada memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan dan menganggap mereka berdua sedang memperbodohkan diri sendiri.

“Aku tak marah. Mereka itu sedang menghina diri sendiri memandangkan mereka sendiri yang membuat video berkenaan. Lebih baik doakan sahaja mudah-mudahan mereka cepat sedar,” ungkap Andika.

Meskipun kedua-dua lelaki tersebut sudsh memohon maaf atas apa yang berlaku, perkara tersebut nampaknya tidak meredakan kemarahan netizen di sana.

Mereka juga membuat gerakan agar peminat segera menekan butang ‘unfollow’ pada semua akan media Zinidin dan Tri termasuklah YouTube dan akaun media sosial yang lain.

Sejak beberapa hari lalu, penurunan ketara jelas kelihatan kepada kesemua akaun media milik mereka selain beberapa undangan pentas terus dibatalkan.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here