Tol percuma, diskaun tol hingga 50 peratus sempena Aidilfitri – PM

0
209

KERAJAAN bersetuju memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pemberian tol percuma itu adalah pada Sabtu dan Ahad ini, serta 7 dan 8 Mei depan untuk perjalanan pulang semula ke kediaman masing-masing.

Beliau berkata, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Pemberian tol percuma itu akan bermula pada 12 tengah malam pada 30 April sehingga 11.59 malam pada 1 Mei kepada semua kelas kenderaan manakala untuk perjalanan pada 7 Mei, ia bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 8 Mei,” katanya.

Ismail Sabri berkata selain itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus juga akan diberikan kepada lebuh raya yang lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here