Setelah enam tahun, Siti ubat kerinduan peminat

0
450

SETELAH enam tahun tidak muncul dengan lagu raya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengubat kerinduan peminat dengan menghasilkan sebuah lagu baharu berjudul Lip Lap Raya.

Bersesuaian dengan keadaan semasa situasi negara ketika ini, lagu yang cukup catchy dan berentak moden itu sedikit sebanyak menaikkan mood beraya setelah dua tahun melalui episod pandemik.

Lazimnya sebuah lagu baru akan mengambil masa untuk diterima atau digemari tetapi muzik yang ditampilkan menerusi lagu Lip Lap Raya akan dapat melekat di hati pendengar.

“Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya.

“Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya evergreen pada satu hari nanti,” kata Siti ringkas.

Lagu dan lirik Lip Lap Raya adalah ciptaan bersama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.

Lagu ini menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat manakala liriknya pula berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.

Penerbit lagu, Glow Rush mengatakan bahawa keistimewaan pada lagu Lip Lap Raya adalah daripada gabungan elemen tradisional dan moden seperti penggunaan dram elektronik, synth serta vokal Siti yang menjadi kekuatan lagu tersebut.

“Saya harap peminat suka dengan lagu ini dan kita sama-sama meraikan lebaran kali ini dengan penuh kesyukuran,” tambahnya lagi.

Lagu ini sudah boleh didengar disemua platform digital manakala video muzik rasmi Lip Lap Raya boleh ditonton di saluran youtube Siti Nurhaliza bermula 20 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here