Anak Rizky diancam sihir oleh netizen

0
298

JIKA sudah dibenci, apa sahaja boleh terjadi. Itu juga nasib yang melanda pelakon sinetron popular Indonesia, Rizky Billar apabila diserang oleh si pembenci sejak dahulu lagi.

Namun paling tragis apabila ada individu yang cuba melakukan sihir kepada anaknya, Muhammad Leslar Al Fatih Billar, 1, yang yang ketika itu masih berada dalam kandungan.

Individu tersebut memuat naik gambar di media sosial berisi ilmu hitam semata-mata mahu melihat mereka merana.

“Dia memang menujukan santet (ilmu hitam) ketika anak kami mahu lahir. Tapi apabila mendapat tahu sahaja perkara tersebut saya terus laporkan pada pihak berkuasa,” kata Rizky.

Suami kepada Lesti Kejora ini mendedahkan perkara tersebut menerusi saluran YouTube milik Maia Aleldul TV beberapa hari lalu.

Jelasnya lagi, pelaku akhirnya ditangkap oleh polis beberapa hari selepas dia membuat laporan dan dia diminta hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan.

Namun kisah tersebut tidak habis di situ sahaja apabila pelaku sebenarnya menggunakan akaun media sosial individu lain melakukan ugutan tersebut.

Suspek yang ditangkap polis memberitahu yang dia telah kehilangan telefon bimbitnya dan segala ugutan ilmu hitam itu dibuat oleh individu yang mencuri telefon tersebut.

“Setelah dimintai keterangan dari polis, ternyata handphone suspek itu diambil orang dan disalah guna oleh orang lain,“ kata Rizky meneruskan cerita.

Apa yang memeranjatkan apabila pemilik telefon tersebut mendedahkan yang si pencuri sudah melakukan banyak ugutan dan menyalah gunakan telefon tersebut.

“Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang terkena sebaliknya sudah ramai artis lain yang menerima nasib yang sama.

“Buat masa ini di pelaku masih lagi diburu oleh pihak polis. Saya sendiri tidak tahu orang yang bagaimana pelaku ini. Harap dia cepat ditangkap,” tambahnya lagi.

Sebagai info, pasangan Rizky dan Lesty pernah membuat laporan polis apabila diancam netizen pada November 2021 selepas menerima pelbagai kritikan untuk menjatuhkan nama mereka sehinggalah ancaman bunuh. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here