Zul Ariffin hadiahkan Gayatri kereta mewah 

0
561

PELAKON popular Zul Ariffin mengejutkan bekas kekasihnya yanh juga meruoakan penerbit dilem Gayatri Su-Lin Pillai dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.

Perkongsian yang dibuat sendiri oleh Gayatri atau lebih mesra disapa dengan panggilan Gaya itu memperlihatkan sebuah kereta mewah hitam melalui Instagram miliknya.

“Hari ini saya menerima hadiah yang tidak pernah saya terima sepanjang hidup saya.

Saya kehilangan kata-kata. 

“Sepanjang hidup tidak pernah terbayang saya akan menerima hadiah semanis dan hebat seperti ini. Terima kasih Zul Ariffin dari lubuk hati saya,” tulis Gayatri.

Hubungan antara mereka bukanlah satu perkara baharu memandangkan Zul dan Gaya mula rapat pada 2013 apabila terlibat dengan filem Penanggal arahan Ellie Suriaty.

Mereka sempat menjalinkan hubungan cinta ketika itu namun hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berpisah.

Meskipun begitu, hubungan rapat mereka diketahui unum sehingga kini meskipun Zul sering kali dikaitkan dengan beberapa artis lain termasuklah Intan Najuwa dan Ruhainies.

Pun begitu, ramai yang menganggap mereka masih mempunyai hubungan istimewa berdasarkan hadiah sebuah kereta mewah yang diterima oleh Gaya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here