Pelakon baru mana buat hal tu?

0
781

GARA-GARA tidak berdisiplin dan menyusahkan pihak lain, pelakon Fezrul Khan menempelak seorang artis baharu yang gagal hadir ke lokasi penggambaran seperti yang dijadualkan.

Pelakon berkenaan berang dengan masalah yang disiplin yang ditimbulkan oleh pelakon perempuan baharu berkenaan yang khabarnya sudah dilakukan berkali-kali.

“Bukan sekali dua dia buat begitu. Macam-macam alasan dia gunakan untuk beritahu dia tak dapat hadir ke lokasi penggambaran.

“Benda ini betul-betul susahkan orang lain. Dia macam langsung tak hormat kru produksi dan barisan pelakon lain yang terpaksa menunggu lama disebabkan perangainya itu,” luahnya.

Apa yang membuatkan pelakon ini bertambah marah apabila individu yang dimaksudkan sudah melakukan perkara tersebut sebanyak tiga kali.

Ia bukan sahaja membuatkan pelakon lain dan kru membuang masa menunggu tetapi terpaksa mengubah jadual penggambaran disebabkan sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan.

“Tolong respect orang lama. Ini dah masuk kali ketiga kau buat macam ini! Orang lain pun banyak job juga, tapi tak ada tamak macam kau. Semua kerja kau ambil sampai menyusahkan semua artis.

“Kau dah tahu ada scene hari ini tapi kau tak datang lokasi, apa lagi alasan kau nak bagi. Ni dah masuk tiga kali. Kau BBNU lagi. Lakonan kau pun belum sampai level aku!,” luah Fezrul menerusi Instagram peribadi miliknya.

Meskipun begitu, Fezrul tidak memperincikan siapakah pelakon baharu yang dimaksudkan dan produksi mana yang terpaksa menanggung masalah yang ditimbulkan oleh artis baharu berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here