Berhabis ratusan ribu, wajah baru Lucinta dikutuk netizen

0
463

MAHU tampil cantik dan bergaya seperti selebriti popular dunia yang lain, selebriti media sosial Indonesia, Lucinta Luna mengakui yang dia berhabis sejumlah duit untuk melakukan pembedahan plastik.

Sudah beberapa kali melakukan perkara berkenaan, dia ‘berani mati’ mendedahkan secara terperinci mengenai kos ditanggung dan beberapa hal lain dalam satu temubual dengan Atta Halilintar beberapa hari lalu.

“Kalau untuk kos pembedahan ini, boleh dikira sama harga dengan sebuah kereta Alphard.

“Aku juga perlu membawa orang lain untuk menguruskan diri termasuklah mengelap badan dan menyuapkan makanan. Semuanya tak boleh dilakukan sendiri,” katanya.

Lucinta berada 10 hari di Korea Selatan.

Berada di Korea Selatan selema 10 hari, biaya yang dimaksudkan termasuklah harga penerbangan, hotel dan kos-kos perubahan yang perlu ditanggung.

Seperti yang diketahui ramai, Lucinta baru sahaja pulang dari melakukan pembedahan di Korea bagi mencantikkan lagi bahagian mukanya.

Dia tanpa segan silu mengakui menunjukkan wajah Lisa BlackPink sebagai panduan kepada doktor di sana bagi mengubah wajahnya.

Tambahannya, dia rela melakukan apa sahaja meski terpaksa berbelanja sejumlah duit untuk kelihatan sama cantik dengan idolanya itu.

“Aku perlu melalui beberapa tahap sebelum pembedahan tersebut berlangsung. Doktor akan menangkap gambar wajah asli, peosesn konsultasi barulah pembedahan berlangsung,” tambahnya.

Dalam pembedahan tersebut, beberapa bahagian wajahnya juga terpaksa ‘di repair’ termasuklah pada hidung, implan kening dan memotong tulang pipi bagi mengelakkan kedutan.

Sudah melalui fasa menyiksakan itu, dia mengakui mahu melakukan beberapa pembedahan pada bahagian lain tahun hadapan.

“Aku sudah ‘ganti kepala’ tahun ini. Sekarang perlu menabung untuk memanjangkan leher pula. Di Korea pembedahan sebegitu menjadi trend terkini.

“Ramai yang membuat pembedahan pada bahagian itu untuk mendapatkan leher panjang macam zirafah,” katanya tertawa.

Terdahulu, nama Lucinta menjadi bualan hangat apabila memuat naik beberapa gambar wajahnya berbalut sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan di Korea.

“Birth of beauty, Ratu Keabadian telah lahir,” tulisnya dalam satu hantaraan di Instagram menandakan ‘kelahiran’ semula Lucinta.

Pun begitu, rata-rata netizen menganggap wajah baharunya langsung tidak mirip Lisa sebaliknya lebih menyerupai Tangmo Nida, pelakon Thailand yang mati lemas baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here