Harry Style cipta rekod dunia

0
253

PENYANYI Harry Styles mencatatkan rekod baharu Guinness World Of Records apabila lagu bermula As It Was distrim sebanyak 16 juta kali di platform digital Spotify dalam masa 24 jam.

Dia yang diletakkan dalam kategori penyanyi lelaki paling tinggi distrim itu berbangga apabila 16 juta pelayar dikira daripada 34 negara termasuklah Amerika Syarikat.

Lagu yang dilancarkan pada 1 April itu turut diangkat sebagai lagu paling banyak distrim pada 2022 meskipun tahun ini masin berbaki beberapa bulan.

Serentak dengan itu, video muzik yang dimuat naik di YouTube juga mencatatkan 66 juta jumlah tontonan, satu angka yang besar untuk penyanyi antarabngsa sepertinya.

As It Was sebenarnya merupakan single pertama daripada album Harry’s House yang akan dilancarkan pertengahan Mei hadapan.

Ia juga akan menjadi album solo ketiga penyanyi berkenaan selepas keluar daripada kumpulan One Direction.

Sebagai info, Adele merupakan pemegang rekod yang sama untuk penyanyi wanita apabila lagu Easy On Me distrim 19 juta kali dalam masa 24 jam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here