Ditangkap polis selepas lakukan komunikasi lucah

0
273

PELAKON yang terkenal dengan filem Game Of Thrones, Joseph Gatt ditangkap oleh pihak polis Los Angeles apabila melakukan gangguan seksual baru-baru ini.

Dia yang didakwa melakukan komunikasi lucah dengan dan seksual dengan budak di bawah umur bukan sahaja mengejutkan peminat malah menjadi bualan hangat dalam kalangan selebirti.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh pihak polis di sana yang mengesahkan lelaki berusia 50 tahuh itu telah ditahan oleh polis baru-baru ini.

Polis membuat serbuan dan menggeledah kediaman Gatt namun dia dibebaskan lada hari yang sama.

“Perbualan lucah di internet itu membabitkan budah di bawah umur dari negara berbeza,” kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak polis.

Polis mengesahkan yang mereka masih menjalankan siasatan terhadap Gatt dan meminta kerjasama daripada mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan.

Melalui ciapan Twitter, Gatt menafikan dirinya terbabit dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here