Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak: Kerani dipenjara 6 tahun, denda RM6,000  -

Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak: Kerani dipenjara 6 tahun, denda RM6,000 

MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru, Johor, hari ini, memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kes berkenaan berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.