Empat gadis cantik cuba nasib

0
558

MELIHATKAN trend penerimaan peminat terhadap kumpulan semakin diterima ramai, empat gadis cantik yang menggelarkan diri mereka sebagai The Gadys sudah bersiap sedia menerobos dunia seni tanah air.

Kumpulan yang dianggotai oleh Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini terlebih dulu melancarkan lagu raya dengan judul Gadys Raya.

Bercerita mengenai lagu tersebut, ia diambil inspirasi daripada kisah pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu itu, kami sebenarnya menyampaikan mesej agar jangan mengenang barang atau perkara yang sudah lepas.

“Proses rakaman untuk lagu ini sangat berbeza kerana penerbit mementingkan karakter setiap seorang daripada kami. Dengan adanya karakter, proses rakaman menjadi lebih seronok. 

“Kami akui sangat enjoy sepanjang proses rakaman, semua yang terlibat juga sangat terbuka dengan idea daripada kami. Jadi ia dapat menonjolkan setiap karakter anggota The Gadys,” kata Aznie.

Berkongsi pula mengenai proses rakaman muzik video Gadys Raya pula, mereka gembira apabila proses tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Setiap individu yang terbabit sangat memberikan kerjasama baik meski mengambil masa yang lama.

“Walaupun terpaksa menunggu lama sewaktu proses rakaman muzik video, kami tidak mengeluh kerana sudah terbiasa menjalani penggambaran sehingga lewat malam. 

“Perasaan terpaksa menyanyi sambil menari dari awal sehingga habis rakaman amat berbeza, berbanding sewaktu sesi latihan. 

“Ini kerana kami perlu sentiasa menjaga penampilan dan harus memberikan sepenuh tenaga sehingga habis,” kata Nelissa pula.

Menyorot penubuhan The Gadys, keempat-empat gadis itu adalah kenalan dan rakan di bidang lakonan dan ada di antara mereka adalah rakan seuniversiti.

Hubungan mereka mula menjadi akrab selepas program game show yang dikenali sebagai The Next My Star pada 2020. Sejak itu mereka tidak boleh berenggang sehingga wujudnya The Gadys.

Biarpun dibesarkan dengan personaliti dan latar belakang berbeza, mereka bagaimanapun minat yang sama iaitu pada bidang seni dan mereka juga kini saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here