Anak David Beckham kahwin anak jutawan Yahudi

0
852

Pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham selamat menerima menantu sulung apabila anak mereka, Brooklyn, 23, berkahwin dengan pelakon Nicola Peltz, 27, pada Sabtu.

Pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan penuh meriah di kediaman mewah milikn keluarga Peltz terletak di Florida, Amerika Syarikat.

Menariknya, keluarga Peltz bukanlah dalam kalangan orang biasa sebaliknya dia adalah anak kepada Nelson Peltz yang merupakan jutawan berbangsa Yahudi.

Pernikahan serba mewah yang diadakan di kawasan popular Palm Beach itu dilaporkan serba mewah dan dilaporkan menelan belanja 3 juta pound (RM16 juta).

Menariknya, Brooklyn dan Peltz melakukan perkawinan mengikut upacara Yahudi sebagai satu penghormatan kepada bangsa tersebut.

Pasangan ini turut berikrar di hadapan seorang rabbi yang dihiasi bunga sebagai simbolik kepada upacara tradisional tersebut.

Brooklyn juga dilaporkan memecahkan kaca dibalut dengan kain dan kemudiannya ia dipecahkan dengan menggunakan tumit sebaik sahaja mereka sah berkahwin.

Menurut laporan lain, mereka juga menjemput kerabat diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton namun mereka tidak dapat menghadiri upacara tersebut.

Namun, ada sumber pula mendedahkan yang Puteri Harry dan Meghan Markle tidak dijemput.

Beberapa selebriti ternama dunia turut hadir menyaksikan perkahwinan tersebut termasuklah Eva Longoria, Mel C, serta bintang tenis dunia, Serena Williams.

Terdahulu, pasangan ini bertunang kurang setahun lalu dan mereka turut menandatangani beberapa perjanjian termasuklah untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here