Anzalna umum kandungan sudah lapan bulan

0
201

MENGAMBIL kesempatan mengumumkan berita gembira sempena kedatangan Ramadan kali ini, pelakon Anzalna Nasir mendedahkan yang dia sedang hamil anak kedua.

Tanpa sebarang pengesahan sebelum ini, rupa-rupanya kandungan tersebut sudah memasuki usia lapan bulan dan dijangka melahirkan dalam tempoh sebulan.

“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.

“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik Hari Raya nanti. Another “Eid” baby. Insya-Allah.

“Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” katanya.

Sebenarnya desas desus mengenai kandungan kedua ini sudah pun kedengaran beberapa bulan yang lalu namun tiada pengesahan dibuat olehnya.

Namun sebaik sahaja membuat perkongsian melalui Instagram pada Ahad, ia mendapat respons positif daripada rakan artis dan peminat.

“Masya-Allah, masa jumpa dekat event haritu memang dah mengandung kan? Pandainya sorok, tahniah. Semoga dipermudah segala urusan,” tulis penyanyi Kaka Azraf.

“Tahniah Anzalna, sama la kita,” kata Elfira Loy pula.

“Tahniah kak, selamat berjihad. Pandai betul sorok kandungan tanpa pengetahuan sesiapa. Semoga selamat bersalin nanti,” kata sorang peminat.

Untuk rekod, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan pasangan ini dikurniakan Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here