Natasha Hudson berang perkahwinan jadi bahan sensasi

0
464

PELAKON Natasha Hudson berang apabila perkawinan terbarunya itu dijadikan bahan sensasi oleh segelintir pihak. Dia bengang apabila pihak tersebut lebih memberikan tumpuan kepada perkahwinan kali ke berapa untuk dirinya dan bukannya hal yang lain.

“Tidak perlu perbesarkan kali keberapa perkahwinan ini, saya harap artikel mengenai rumah tangga saya berbaur positif kerana tidak memerlukan negativiti serta publisiti murahan.

“Tolong hormati sensitiviti terhadap semua aspek. Ini kerana kami juga manusia yang punya hati dan perasaan. Dengan hati kecil, kami memerlukan doa dan sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Sejak semalam kisah perkahwinan semula Natasha heboh diperkatakan memandangkan ini merupakan kali kelima dia mendirikan rumah tangga.

Dia yang selamat bernikah dengan Jay Jasmin pada Ahad di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, Selangor tidak berpuas hati apabila ada pihak yang mensensasikan perkahwinan kali kelima tersebut.

Menurutnya, dia bertemu dengan Jay apabila menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi. Meskipun lelaki tersebut lebih muda daripada dirinya, keserasian itu membuatkan dia mahu berkongsi hidup dengannya.

“Untuk kali ini, saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Terima kasih di atas ucapan dan doa untuk perkahwinan ini.

“Alhamdulillah, ramai yang menyayangi dan memberikan kata-kata semangat buat kami berdua. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini,” tambahnya lagi.

Memilih untuk mengadakan majlis serba ringkas, difahamkan pasangan ini hanya menjemput beberapa keluarga dan rakan terdekat menjadi saksi hari bahagia mereka.

Sebagai info, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz pada 2006 namun rumah tangga hanya bertahan selama empat bulan.

Kemudian, Natasha berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun hanya bertahan dua tahun saja. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Pada 2018, Nastasha bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza selepas berkahwin pada April 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Dia kemudiannya berkahwin kali keempat dengan lelaki yang dikenali dengan nama Noor Nashriq namun berpisah pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here