Peminat teruja Justin Bieber singgah Malaysia

0
391

BUAT peminat Justin Bieber di Malaysia, bintang pop terkenal dunia itu mengumumkan bakal mengadakan konsert Justin World Tour di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Konsert yang juga merupakan siri jelajah album terbaharu itu memasukkan Malaysia sebagai antara 20 negara yang dilawati olehnya kali ini.

Dalam pengumuman rasmi yang dibuat pada Rabu, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober depan.

Siri jelajah ini juga bakal singgah di beberapa negara Asia termasuklah Jakarta, Indonesia dan Osaka, Jepun yang menjadi destinasi pilihan kali ini.

Menurut wakil penganjur, PR Worldwide dan AEG yang bertanggungjawab membawa penyanyi itu akan mengambil langkah keselamatan termasuklah memperincikan prosuder operasi standard (SOP).

Mereka mahu memastikan persekitaran ketika konsert berlangsung selesa bukan sahaja untuk rombongan Bieber tetapi juga pengunjung yang bakal hadir nanti.

Konsert itu akan diadakan mengikut SOP yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu melengkapkan vaksinasi Covid-19 dan tiket dijual secara dalam talian.

Menjengah ke laman sosial sejak semalam,  rata-rata peminat melahirkan rasa teruja apabila bintang berkenaan mahu kembali semula ke Kuala Lumpur setelah hampir satu dekad melakukan konsert di sini.

“Lama betul nak tunggu Justin Bieber datang Malaysia. Akhirnya, dia datang juga ke sini. Jom ramai-ramai kita serbu.”

“Aku nak jadi orang pertama beli tiket Justin Bieber. Korang nak beli tiket yang mana satu? Jom beli ramai-ramai kita serbu,” kata beberapa orang peminat.

Selain benua Asia, jelajah kali ini juga akan mengunjungi Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

Untuk di Kuala Lumpur, harga tiket dijual bermula 31 Mac depan dengan harga RM288 hingga RM2,088 untuk tiket VIP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here