SMK Bandar Saujana Putra mula dibuka minggu depan 

0
381

PENANTIAN lebih 40,000 penduduk di Bandar Saujana Putra, di Selangor, berakhir apabila sekolah menengah yang dinanti-nantikan akan mula beroperasi pada sesi 2022/2023, minggu depan. 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, yang pembinaannya terbengkalai sejak 2019 itu dijangka akan menerima pelajar dalam kalangan penduduk tempatan dengan kapasiti menghampiri 1,000 orang.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pembukaan kompleks sekolah pada sesi baharu tahun ini menjadi khabar gembira buat penduduk Bandar Saujana Putra, yang sudah menanti infrastruktur itu dibangunkan sejak bertahun-tahun lamanya. 

Katanya, ia juga bakal meringankan beban sebahagian penduduk yang sebelum ini terpaksa keluar seawal pagi untuk menghantar anak mereka di sekolah yang terletak jauh iaitu sehingga 20 kilometer dari kediaman.

“SMK Bandar Saujana Putra akan digunakan untuk sesi persekolahan, bermula Isnin ini dan ia satu khabar gembira untuk penduduk di sini,” katanya pada sidang media, hari ini. 

Sebelum ini, Berita Harian pembinaan projek sekolah rendah dan menengah di Bandar Saujana Putra terhenti sejak Disember 2019.

Awal tahun ini, Radzi memberi jaminan, SMK Bandar Saujana Putra itu akan mula beroperasi pada penggal baharu persekolahan Mac. 

Mengulas lanjut, Radzi berkata, SMK Bandar Saujana Putra akan mempunyai kapasiti penuh seramai 988 orang pelajar.

Ia mempunyai 10 kelas untuk pelajar Tingkatan Satu, lapan kelas untuk pelajar Tingkatan Dua, enam kelas Tingkatan Tiga dan dua kelas untuk Tingkatan Empat. Sekarang kita sudah buka untuk kapasiti penuh. 

“Pada masa sama akan melihat lebih lanjut apa lagi pendekatan boleh dilakukan untuk meningkatkan kapasiti sekolah ini,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata, Sekolah Kebangsaan Bandar Saujana Putra dijangka siapkan sekitar September depan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here