Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sindiran pedas Iwan Fals  -

Sindiran pedas Iwan Fals 

MASALAH kekurangan bekalan dan harga minyak masak yang melambung tinggi membuatkan kerajaan Indonesia berhadapan kritikan rakyat.

Ia turut menarik perhatian penyanyi senior, Iwan Fals yang ‘berani mati’ mengkritik pemerintah melalui lagu Minyak Goreng yang baru sahaja dilancarkan.

Kritikan lelaki ini begitu dalam boleh dilihat melalui bait-bait lirik lagu yang diciptakan bersama dengan Raja Pane itu.

“Minyak goreng menguap. Hilang lenyap di pasar. Semua ibu menggerutu (pun bapak-bapaknya sudah barang tentu). Kocar-kacir di pasar-pasar,” antara lirik yang ada menerusi lagu ini.

Bagi Iwan, apa yang berlaku kepada Indonesia merupakan satu hal yang pelik memandangkan negara berkenaan merupakan antara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia.

Dia bingung bagaimana isu kekurangan boleh terjadi kepada negara berkenaan dan merasakan ada yang tidak kena sedang berlaku melibatkan kerajaan.

Malah, dalam senikata yang lain, dia juga mempersoalkan pihak-pihak bertanggungjawab yang ‘menghilangkan’ bekalan untuk menaikkan harga.

“Aneh rasanya kok bisa hilang. Kalau ada pun harganya selangit. Usut (susut) punya usut ternyata ditimbun. Oleh siapa? Konon oleh tujuh konglomerat tambun.” 

Penyanyi berusia 61 tahun ini juga mempersoalkan pihak polis dan kerajaan mudah dipermainkan oleh pihak konglomerat sehingga memberikan impak negatif terhadap rakyat.

Meskipun tidak memperincikan siapakah mereka, dia juga sempat bertanya berapa banyak perusahaan kelapa sawit yang sudah dijual kepada pihak luar.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama penyanyi berkenaan mengkritik kerajaan melalui karya seni setiap kali timbul isu baharu terutama melibatkan kerajaan.

“Saya tidak boleh lari dari diri sendiri. Ibaratnya saya sedang melihat cermin,” katanya ringkas. – SB