Amaran cuaca buruk, laut bergelora sehingga 22 Mac

0
448

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora dan ribut petir berkuat kuasa hari ini sehingga 22 Mac.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi perairan Malaysia amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan sehingga jam 12.00 tengah hari.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi perkapalan (kategori kedua) amaran angin kencang barat daya berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di kawasan perairan Phuket pada Sabtu ini sehingga 22 Mac,” katanya. 

Menurut METMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Amaran angin kencang (Kategori pertama) barat daya berkelajuan 40-50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara pada Sabtu ini sehingga 22 Mac.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya. 

Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan selatan Phuket, Selat Melaka, Tioman, tenggara Bunguran, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Sulu sehingga jam 12.00 tengah hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here