Farah Ann umum bersara

0
423

TEKA-TEKI mengenai masa depan ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi akhirnya terjawab selepas atlet itu mengumumkan persaraannya selepas 25 tahun menceburi sukan dunia gimnastik.

Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.

“Selepas 25 tahun dalam sukan ini, akhirnya saya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada karier sebagai gimnas yang bertanding.

“Sepanjang perjalanan ini dalam mencapai impian dan matlamat saya serta bertanding dalam temasya Olimpik, saya amat bersyukur dapat bersara mengikut terma-terma saya,” ujarnya.

Tambah Farah Ann, meskipun bersara sebagai seorang atlet, dia masih akan terlibat dalam dunia sukan.

Bintang gimnas itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusannya untuk bersara.

Sebelum ini, persoalan mengenai persaraannya tercetus selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.

Menurut laporan Astro Arena pada awal Mac lalu, jurulatihnya, Ng Shu Wai mengesahkan bahawa Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak pertengahan Februari.

“Farah Ann baru-baru ini memaklumkan kepada kami bahawa dia memilih untuk berhenti dan setakat ini, kami rasa kami perlu menerima keputusan itu.

“Kerana dia sudah banyak kali berbincang dengan kami dan kami juga sudah menerima keputusannya sejak dua minggu lalu,” kata Shu Wai.

Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril turut dilaporkan berkata bahawa Farah Ann mungkin mempertimbangkan untuk bersara kerana faktor usia atau kecederaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here