Jualan Sambal Nyet cecah RM7 juta. Ini rahsianya…

0
543

TIADA kejayaan tanpa pengorbanan. Itu juga yang dilalui oleh selebriti media sosial, Khairul Aming yang berjaya meraih jualan tujuh angka hanya dengan menjual sambal.

Sudah pasti kejayaan yang diperoleh itu memberikan inspirasi kepada semua untuk tidak berputus asa dalam bisnes dan mengecapi kejayaan pada masa hadapan.

Jelanya, dia bersyukur apabila meraih pendapatan sebanyak RM7.5 juta hasil jualan Sambal Nyet lebih setengah juta botol yang dijual secara online.

Berkongsi perkara berkenaan dalam Twitter miliknya, pendapatan tersebut hasil daripada Sambal Nyet yang berjaya dijual sebanyak 540,000 botol dalam masa setahun bermula 6 Januari tahun lalu.

Malah, keuntungan terkini yang direkod pada 2 Mac lalu naik mendadak disebabkan sambutan hangat daripada pembeli.

“Dari 6 Januari 2021 ke 6 Januari 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta.

“Sehingga 2 Mac 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan RM8.6 Juta” dedah Aming.

Tidak mahu selesa dengan apa yang sudah dimiliki, Aming kini memiliki kilang sendiri berkeluasan 14,000 kaki persegi di Kota Bharu, Kelantan.

Bakal beroperasi tidak lama lagi, dia kini sedang mendapatkan semua kelulusan daripada pihak berwajib.

“Untuk pengetahuan semua, kilang belum lagi seratus peratus lengkap. Kita masih lagi tengah buat finishing macam mengecat, wiring, labelling dan lain-lain.

“Sebelum mula renovation kita memang dah berhubung dengan MeSTI untuk inspection nanti. Dan sekarang harapannya untuk mendapatkan sijil MeSTI dan sijil halal dalam tahun ini,” tambahnya lagi.

Namun, untuk mencapai jualan jutaan ringgit bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai.

Bagi selebirti ini, sudah melalui beberapa proses bagi mencapai impiannya untuk membuka kilang sendiri terlaksana.

“Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 kaki persegi ni, banyak benda yang aku belajar.

“Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai cadangkan untuk lantik OEM (pihak lain berlesen) untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil.

“Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout dan lain-lain.

“Tapi dari situ la kita belajar. Selepas spend lebih dari 1 juta ringgit, ini kilang yang beroperasi pada hari ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aming berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadapnya dalam mengecapi kejayaan hari ini.

Dia juga teruja untuk melancarkan produk keduanya tidak lama lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here