Biar Neelofa dedah sendiri gambar anak- Kartini

0
698

SEJAK menerima kehadiran anak lelaki kira-kira sebulan yang lalu, pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris nampaknya belum bersedia untuk mendedahkan wajah putera mereka.

Perkara tersebut turut diakui oleh ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini yang menyerahkan perkara tersebut kepada mereka dan menentukan bilakah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

“Saya menghormati privasi Neelofa dan langsung tidak bertanya kepadanya berkenaan perkongsian wajah anaknya, malah ahli keluarga di Kelantan juga tidak ada gambar Bilal.

“Neelofa kini sedang berpantang di rumahnya sendiri dan setiap hari dia akan menghantar gambar Bilal, namun ia bukanlah untuk dikongsi kepada umum,” katanya.

Kartini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid yang berlangsung pada Khamis.

Jelas lagi, dia hanya bertemu dengan cucunya itu beberapa jam sahaja dalam masa sehari memandangkan Neelofa berpantang di rumah sendiri.

Tambahnya, Bilal mudah dijaga dan tidak banyak meragam dari peringkat awal kelahiran lagi.

“Bilal seorang cucu yang tidak banyak meragam dan mudah dijaga. Namun, saya akan selalu berpesan kepada Neelofa perkara-perkara yang penting ketika berpantang.

“Lagipun Neelofa juga sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini. Cuma, ia pastinya berbeza apabila menjaga anak sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here