Keluarga enggan ikut wasiat Dorce, tetap dikebumi sebagai lelaki

0
6506

DUNIA hiburan seberang berduka apabila pelawak transgender, Dorce Gamalama meninggal akibat Covid-19. Pelawak yang berusia 58 tahun itu meninggal dunia pada pukul 7 pagi pada Rabu.

“Iya meninggal pukul 7 pagi di Rumah Sakit Pertamina kerana Covid-19. Jadi jenazah tidak dibawa pulang dan diuruskan di hospital. Mohon doa dan maaf atas kesalahan beliau,” kata rakannya yang dikenali dengan nama Mimi.

Seperti yang diberitahu kepada media tempatan, Allahyarham pernah membuat wasiat mahu dikebumikan sebagai seorang wanita, namun ahli keluarganya enggan berbuat demikian.

Mereka menguruskan jenazah dengan mengikut undang-undang Islam dan tetap mengebumikannya sebagai seorang lelaki.

“Tentang proses pemakaman Dorce, disolatkan dulu di masjid yang diwakafkan ibu Dorce, Masjid Al Hayyu.

“Dolce memang mahu dikebumi sebagai perempuan, tapi menurut Ustaz Anan itu hanya keinginan, tetap akan dikebumikan sebagai lelaki,” ujarnya lagi.

Sejak beberapa tahun lalu, Allahyarham atau nama sebenarnya Dedi Yuliardi Ashadi memang menghidap penyakit diabetes dan batu karang.

Kesihatannya juga turut baik dan sering kali dimasukkan ke hospital dan pernah juga membuat video meminta bantuan orang ramai untuk membiayai kos perubatannya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum, Bantarjati, Jakarta Timur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here