Kereta api bertembung di Munich akibatkan seorang maut, 14 cedera

0
423

SATU pertembungan dua buah kereta api telah berlaku berhampiran Munich, Jerman kira-kira pukul 4.40 petang Isnin waktu tempatan telah mengakibatkan seorang maut dan 14 yang lain cedera.

Menurut pihak polis Jerman, nahas berlaku berhampiran stesen bandar S-Bahn Ebenhausen-Schaeftlarn, barat daya Munich.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua buah kereta api itu bertembung antara satu sama lain itu berada pada satu landasan yang sama pada ketika kejadian berlaku.

“Seorang maut dalam perlanggaran dua kereta api S-Bahn. Seramai 14 orang lagi cedera,” ciap polis Munich menerusi Twitter.

Pihak berkuasa tempatan telah menghantar lebih 200 orang pekerja penyelamat dan polis ke tempat kejadian.

Menurut polis lagi, salah seorang yang cedera terperangkap di dalam gerabak sebelum berjaya diselamatkan.

Laporan media tempatan juga menyebut, kira-kira 95 penumpang berada di dalam dua kereta api itu.

Kemalangan itu telah mengakibatkan landasan di wilayah Bavaria di Jerman ditutup dan pihak berkuasa menyediakan perkhidmatan bas gantian untuk membawa penumpang lain.

Jerman, Deutsche Bahn berkata, pihak berkuasa telah membuka siasatan berhubung kemalangan tersebut. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here