Hero, heroin Crash Landing In You bakal berkahwin  

0
1374

DUNIA hiburan Korea Selatan gempar apabila pelakon Hyun Bin membuat pengumuman bakal berkahwin dengan So Ye Jin tidak lama lagi.

Mereka berdua yang terkenal menerusi drama Crash Landing On You membuat pengumuman secara terbuka bahawasanya masing-masing bakal memiliki pasangan hidup.

Hyun Bin memberikan bayangan yang hubungan cinta mereka bakal berakhir dengan perkahwinan.

“Hello ini Hyun Bin, saya ingin menulis posting ini kerana saya ingin peminat yang selalu memberi sokongan dan perhatian tahu tentang keputusan terpenting dalam hidup saya terlebih dahulu.

“Mungkin ada yang sudah mengharapkan perkara ini. Ya, saya sudah membuat keputusan tentang perkahwinan dan secara berhati-hati mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya.

“Saya sudah berjanji dengan gadis yang selalu membuat saya tersenyum dan berjalan bersama saya di masa hadapan,” ujarnya seperti dilaporkan media di sana.

Menjengah ke Instagram milik So Ye Jin pula, dia memuat naik sekeping gambar bersama kata-kata ‘manis’ untuk semua.

“Saya sudah memiliki seseorang yang akan mendampingi seumur hidup. Bila bersamanya saya rasa selamat dan bahagia.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kasih sayang kepada kami. Itu tak mungkin dapat dibalas,” katanya memberikan bayangan.

Menurut media tempatan di sana, mereka mula bercinta pada Januari 2021 setelah digandingkan menerusi drama Crash Landing On You yang menimbulkan fenomena seluruh dunia. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here