Nama Djokovic tersenarai kejohanan Terbuka Indian Wells

0
436

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic tersenarai bagi kejohanan Terbuka Indian Wells bulan depan walaupun ia memerlukan semua pemain mendapatkan vaksin COVID-19.

Bulan lalu, pemenang grand slam 20 kali itu telah dihantar pulang dari Australia pada malam kejohanan Terbuka Australia selepas visa kemasukannya ke negara berkenaan dibatalkan kerana dia tidak pernah divaksin.

Djokovic percaya dia masih layak memasuki negara itu dan bersaing selepas disahkan positif wabak berkenaan pada Disember lalu, sebelum pulih sepenuhnya.

Pemain Serbia itu mendominasi berita sukan pada minggu awal 2022 berikutan dihantar pulang selepas gagal melangkaui peraturan vaksin yang ditetapkan kebanyakan negara.

Djokovic bersedia untuk kembali ke gelanggang menerusi Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai akhir Februari memandangkan vaksinasi bukan satu keperluan.

Bagaimanapun bagi Terbuka Indian Wells, juara lima kali itu telah diumumkan sebagai pesaing, secara tidak langsung mencetuskan rasa ingin tahu ramai pihak sama ada peraturan itu bakal dipinda atau penyertaan Djokovic dibatalkan.

Menerusi satu kenyataan Indian Wells, dengan kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan utama kejohanan ini, Terbuka BNP Paribas akan memerlukan bukti sah vaksinasi penuh bagi memasuki untuk menyertai kejohanan.

“Untuk tahun kedua berturut-turut, Terbuka BNP Paribas telah bekerjasama dengan CLEAR, sebuah syarikat keselamatan bagi memudahkan pelaksanaan dasar vaksinasi mandatori di venue ini menjelang kejohanan 2022.

“Garis panduan bagi mengawal pemain bergantung kepada protokol yang ditetapkan oleh badan induk masing-masing, WTA dan ATP, selain sebarang sekatan yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat berhubung status vaksinasi pengembara antarabangsa yang memasuki negara itu,” kata kenyataan itu.

Namun, imej Djokovic berkaitan kejohanan itu tidak muncul di media sosial termasuk dipromosi di laman sesawang rasmi, malah namanya dalam penyertaan hanya diletakkan sebagai nota kaki. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here