Covid-19: Pengumuman penting petang ini – Khairy

0
414

BEBERAPA pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.

“Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini,” ciapnya pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.

Jangkitan tertinggi dalam tempoh empat bulan iaitu sebanyak 10,089 kes dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here