Maghribi: Rayan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap dalam perigi

0
303

Kanak-kanak malang berusia 5 tahun, yang terperangkap lima hari selepas terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di wilayah Chefchaouen, Maghribi meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya menghampiri kedudukannya pada lewat Sabtu waktu tempatan.

Rayan Awram dilaporkan terjatuh di dalam sebuah perigi di kampungnya, di Ighara pada Selasa, telah mencetuskan simpati di seluruh negara sehingga pihak berkuasa melakukan operasi menyelamat secara besar-besaran.

Malah, seluruh dunia mengikuti rapat operasi itu selepas warganet melancarkan kempen simpati global menerusi tanda pagar #saverayan

Pasukan penyelamat akhirnya berjaya menghampiri kedudukan Rayan pada lewat Sabtu selepas melakukan penggalian terowong secara mendatar, namun terlambat, menurut kenyataan dua pegawai kerajaan di lokasi kejadian.

Media tempatan melaporkan Raja Mohammed telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here