Usop selamat bernikah, janji jadi suami terbaik

0
534

PENYANYI Usop, 24, selamat bernikah dengan Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Kompleks Darul Hidayah, Pulau Pinang.

Majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi Jumaat itu, Usop dinikahkan oleh bapa Fatihah, Md Hashim Nordin dan disaksikan oleh abang kandungnya.

Dalam majlis tersebut, penyanyi itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang bersama mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang tangan.

“Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang bertungkus lumus menjaya majlis pernikahan kami.

“Walaupun usia saya masih muda, tetapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin jadi suami terbaik buat isteri. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya usai majlis pagi tadi.

Difahamkan malam ini akan berlangsung majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan manakala majlis resepsi lelaki akan diadakan pada minggu hadapan di Kulim, Kedah.

Untuk rekod, pasangan ini bertunang pada November tahun lalu setelah dua tahun berkenalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here