Isu vaksin: KJ saman Lokman Adam, Abu Syafiq

0
292

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan penceramah, Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tanun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Memetik laporan Malaysiakini, semua saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari.

Ia merujuk kepada video, gambar dan tulisan di media sosial – Facebook, Youtube dan Instragram.

Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari ini – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here