Dilamar ketika berada di Madinah, Zulin Aziz naik pelamin 20 Februari depan 

0
538

SETELAH dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengikat pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Farhan Norzaini pada Jumaat.

Mereka sepakat untuk bertunang selepas lelaki tersebut melamarnya di Madinah ketika melakukan umrah penghujung tahun lalu.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Kami sebenarnya sudah lama merancang dan akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pertunangan pula diadakan serba ringkas dan atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga terdekat di pinggir ibu negara.

Jelas Zulin, Farhan bukan sahaja pandai mengambil hatinya tetapi juga dalam masa yang sama mampu membimbing dirinya menjadi insan yang lebih baik.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia dan saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” katanya.

Mengimbas kembali pertemuan mereka, Farhan sebenarnya yang memulakan langkah apabila memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” imbas Farhan yang merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here