5,522 kes Covid-19 hari ini

0
361

JANGKITAN baharu mencatatkan sedikit peningkatan dengan sebanyak 5,522 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,855,930 kes.

Semalam, angka jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 5,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here