Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Polis tahan dua lelaki gaduh di Station 18  -

[VIDEO] Polis tahan dua lelaki gaduh di Station 18 

POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan yang dikatakan berlaku di Station 18, Ipoh, Perak yang tular di media sosial pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, selain kedua-dua lelaki berusia 27 tahun itu, polis juga sedang mengesan suspek yang lain bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan merusuh serta khianat.

“Hasil semakan mendapati pihak polis telah pun menerima laporan mengenai kes berkenaan pada 27 Januari, lebih kurang jam 11.51 malam berkaitan satu kejadian rusuhan di hadapan sebuah restoran di kawasan Station 18, Ipoh,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki yang memandu sebuah kereta dan telah dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Menurutnya, berikutan daripada tuduhan tersebut, berlaku kejadian kejar-mengejar di antara mangsa dan suspek sehingga kenderaan yang dipandu mangsa melanggar sebuah kereta lain.

Ia kemudiannya membawa kepada rusuhan dalam kalangan sekumpulan remaja yang dipercayai pekerja perkhidmatan penghantaran makanan.

Kata Mior Faridalathrash, kenderaan mangsa telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi plastik, batu serta kon plastik.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan salah faham dan tuduhan kecurian telefon bimbit oleh mangsa tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil memberi keterangan dalam usaha untuk mengesan suspek lain yang terlibat. – SB