[VIDEO] Lelaki OKU curi pakaian dalam pelajar wanita ditahan

0
566

SIKAP pelik seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang mencuri pakaian dalam pelajar wanita di sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu terbongkar setelah kegiatannya itu disedari pelajar universiti berkenaan.

Perbuatan suspek berusia 37 tahun itu diketahui selepas beberapa pelajar perempuan ternampak lelaki itu berlegar-legar di sekitar asrama tersebut sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 7 petang hari yang sama di lokasi terbabit.

“Suspek yang juga OKU pendengaran telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing suspek juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan masing-masing kerana mencuri dan menceroboh.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi lapan saat yang memaparkan seorang lelaki berlegar di kawasan ampaian asrama wanita di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Nerus. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here